Jumat, 07 Desember 2012
UNTUK BAKAL "IMAM" KU... °♥°
Hati ini ingin dicintai dan mencintai
Itulah fitrah manusia
Namun aku terlalu takut
Jika aku tersungkur dengan cinta nafsu
...
Itulah fitrah manusia
Namun aku terlalu takut
Jika aku tersungkur dengan cinta nafsu
...
Yang hanya memberikan kekecewaan daripada kegembiraan
Tidak seperti cinta hakiki, cinta Illahi
Yang sentiasa memberiku kebahagiaan, keimanan
Juga semangat dalam berjuang untuk aku menggapai cintaNya..
Sungguhku tahu diri ini tidak layak dambakan mujahid yang hatinya pada perjuangan Islam
Namun pasti seburuk mana pun seseorang itu pasti akan dambakan yang terbaik
Begitulah juga diriku yang hina dan kerdil ini..
Aku dambakan mujahid berhati perjuangan Islam
Bersemangat dalam dakwahnya
Untuk berjihad di jalan Allah
Memimpin pejuang Islam selain dirinya ke arah-Nya
Agar aku merasa semangatnya dan bersama dalam perjuangan ini..
Aku dambakan mujahid yang faham dan kenal agamanya
Tahu apa hukum hakamnya dan amalkannya
Agar hanya yang halal akan menghiasi rumahtangga kami
Namun tidaklahku dambakan ustaz mahupun tahfiz berjiwa besar
Cukup sekadar mujahid berjiwa tafaqquh fiddin..
Aku dambakan mujahid yang cinta utamanya Allah dan Rasulullah
Agar bertambah kekuatanku untuk sama mencintai-Nya dan Rasul-Nya
Kerana dia akan sering bercerita tentang cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya
Yang akan melakar keindahan dalam hubungan kami
Semuanya kerana Allah dan Rasul-Nya..
Aku dambakan mujahid yang yakin pada kepimpinannya
Yang menghiasi keluarga kami dengan kehidupan pasangan muslim yang besar jiwa Islamnya
Agar kami menjadi keluarga bahagia berjiwa Islam
Dengan lahirnya anak soleh dan solehah
Yang menjadi tinggalan setelah kami ‘pergi’
Kerana kurangnya keluarga yang berjiwa Islam pada zaman kini
Yang padaku segalanya bermula daripada si suami
Yang memimpin dan menerapkan Islam dalam keluarganya
Jatuh nakhoda, karamlah kapalnya..
Aku dambakan mujahid yang tinggi rasa tanggungjawabnya
Agar bijak merancang apa yang perlu dalam keluarga kami
Memberi nafkah pada diriku juga kelahiran kami nanti
Membantuku dalam melakukan kerja-kerja kediaman kami
Sungguhpun aku tahu itu tanggungjawabku
Tetapi aku juga mahu dia turut sama membantuku
Untuk meringankan kerjaku..
Aku dambakan mujahid yang ikhlas juga penyayang hatinya
Untuk mencintaiku setulusnya
Menerimaku seadanya
Menegur juga memperbetulku tika ada salahnya..
Kerana aku akan berusaha untuk mencintaimu setulusnya
Menerimamu seadanya
Menegur dan memperbetul dirimu tika kau ada salahnya
Walau kita tidak pernah bersua juga berbicara cinta sebelum kita bersama
Mencintai dan dicintai kerana Allah... =-.
°♥°
Sunnah selepas Ijab Qabul...
Solat sunat 2 rakaat ini dilakukan berjemaah antara suami dan
isteri.
...
...
Cara untuk mengerjakannya ialah:
• Lafaz niatnya :
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Allahu Akbar
" Aku niat sholat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
• Membaca doa berikut selepas salam:
YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh/holehah. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan aku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami senantiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang sholeh dan solehah. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”
“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Langganan:
Postingan (Atom)